Pages

Tuesday, 31 July 2012

Resepi kek kukus :D




Kek Coklat Kukus ( 1 adunan shj )

Bahan A :
1 buku mentega
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn air

Bahan B :
2 cwn tepung gandum / tepung kek
1 cmct. soda bikabornat
2 camb. oren sunquick
2 biji telur
1 cwn susu cair

cara-caranya :
1.masukkan semua bahan A dalam periuk dan letakkan diatas api . Kacau bahan A sehingga sebati dan sehingga mentega dan gula larut . Gaulkan nya dalam satu arah sahaja .
2.setelah bahan A masak , biarkan bahan A sejuk .
3.Ayak tepung bersama-sama soda bikabornat . Setelah bahan A sejuk masukkan tepung yang diayak bersama-sama soda bikarbonat tadi sedikit demi sedikit.Gaul sehingga rata.
4.Masukkan telur dan gaul sehingga rata . Masukkan susu cair dan oren sunquick . Gaul sehingga rata .
5.Panaskan pengukus . Masukkan bahan yang telah siap di gaul ke dalam loyang . Apabila periuk pengukus sudah sedia panas , masukkan loyang ke dalam periuk pengukus .
6.Kukus kek selama 35-40 minit dalam keadaan api yang sederhana.
7.Kek siap dikukus dan dihidang .


TIPS :
1.Kita boleh menggunakan perisa sitrus yang lain bagi menghilangkan bau hanyir telur dan menambahkan perisa kepada kek.
2.Bahan A yang di sejukkan tidak boleh terlalu sejuk atau terlalu panas sebelum dicampur dengan tepung.
3.Untuk memastikan kek siap dimasak atau tidak , gunakan lidi untuk menyucuk ke dalam kek . Kek yang sudah masak tidak akan melekat pada batang lidi tersebut.
4.Boleh gunakan badam,manik, dan aising sebagai penghias.
5.Kek ini boleh tahan dalam keadaan yang agak lama sekiranya berada dala suhu yang sejuk .
6.Kek ini boleh bertahan palaing lama dalam seminggu atau lebih sekirana dijaga dengan rapi dan terletak di tempat yang kering .
7.Kandungan koko boleh dikurangkan sedikit bagi mengelakkan warna kek menjadi terlalu hitam dan rasa pahit yang ketara.

#SELAMAT MENCUBA#

No comments:

Post a Comment